Patah Pergelangan Sendi Tangan - Wrist Fracture

Patah pergelangan sendi tangan merupakan istilah perubatan untuk pergelangan tangan yang patah. Pergelangan sendi tangan terdiri daripada lapan tulang kecil yang menghubungkan kedua-dua tulang panjang pada lengan bawah yang dipanggil radius dan ulna. Walaupun pergelangan sendi tangan yang patah boleh berlaku di mana-mana antara 10 tulang ini, tetapi tulang yang paling kerap patah merupakan tulang radius. Ia dipanggil patah distal radius oleh pakar bedah tangan (Rajah 1).

Sesetengah patah sendi tangan adalah stabil. Kepatahan “tidak tersesar” merupakan istilah yang digunakan dalam keadaan tulang-tulang tidak teralih daripada kedudukan asal dan berkemungkinan adalah stabil. Sesetengah kepatahan “tersesar” (yang memerlukan tulang patah tersebut diletakkan kembali ke kedudukan asalnya, yang dipanggil “reduksi” atau “pelarasan”) juga berkemungkinan adalah cukup stabil untuk dirawat menggunakan kas atau splin. Walaubagaimanapun, terdapat kepatahan tulang yang tidak stabil. Pada keadaan kepatahan tulang yang tidak stabil, walaupun tulang dilaraskan semula pada posisi asal dan dipasangkan kas, namun tempat bahagian tulang patah tersebut masih cenderung untuk kembali pada posisi yang buruk sebelum ianya sembuh sepenuhnya. Ini boleh menyebabkan pergelangan sendi tangan kelihatan bengkok.

Sesetengah kepatahan tulang adalah lebih teruk daripada yang lain. Kepatahan tulang yang melibatkan permukaan sendi yang lembut atau patah tulang yang berpecah menjadi serpihan tulang yang banyak (fracktur remuk) akan menyebabkan tulang menjadi tidak stabil. Kepatahan teruk seperti ini biasanya memerlukan pembedahan untuk mengembalikan dan mengekalkan penjajaran tulang. Fraktur terbuka berlaku apabila serpihan tulang yang patah dipaksa keluar melalui kulit. Ini boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman pada tulang.
Figure 1
Gambar rajah tulang-tulang pada pergelangan tangan menunjukkan kepatahan tulang radius yang tidak tersesar
Figure 2
Gambar rajah menunjukkan tulang radius yang patah distabilkan dengan fiksator eksternal dan juga plat dan skru.

Causes

Patah pada pergelangan sendi tangan terjadi apabila seseorang terjatuh dalam kedudukan lengan menegak. Trauma serius seperti kemalangan melibatkan kereta, motosikal ataupun jatuh daripada tangga boleh menyebabkan kecederaan yang lebih serius. Tulang-tulang yang lemah (seperti dalam kes osteoporosis) cenderung untuk patah dengan lebih mudah.

Signs and Symptoms

Apabila pergelangan tangan patah, akan adanya rasa sakit dan bengkak. Ia akan menyebabkan kesukaran untuk menggerakkan dan menggunakan tangan. Sesetengah orang masih boleh menggerakkan dan menggunakan tangan walaupun terdapat tulang yang patah. Bengkak atau tulang yang teralih jauh daripada kedudukan asal boleh menyebabkan pergelangan tangan kelihatan cacat. Kebiasaannya, terdapat rasa sakit pada sekitar kawasan patah dan ketika melakukan gerakan jari. Kadangkala, jari-jari akan berasa berdenyut-denyut dan kebas pada hujung jari.

Diagnosa

Doktor pakar bedah tangan anda akan melakukan pemeriksaan fizikal dan mendapatkan X-ray untuk melihat sekiranya terdapat tulang yang patah. Kadang-kadang, ujian-ujian seperti skan CT atau imej resonans magnet (magnetic resonans image, MRI) diperlukan untuk melihat dengan lebih mendalam fragman tulang dan kecederaan yang lain. Ligamen (tisu lembut yang memegang tulang-tulang), urat tendon, otot-otot, urat saraf yang juga boleh tercedera apabila pergelangan tangan patah. Kecederaan-kecederaan sampingan ini juga perlu dirawat.

Treatment

Rawatan bergantung kepada pelbagai faktor antaranya:
  • Jenis kepatahan, sama ada ianya tersesar, tidak stabil ataupun terbuka
  • Umur anda, pekerjaan, hobi, tahap aktivitivi seharian, dan sama ada tangan yang tercedera merupakan tangan yang dominan.
  • Tahap kesihatan umum anda
  • Sekiranya terdapat kecederaan lain
Splin yang berpad boleh dipakai pada mulanya untuk menjajarkan tulang dan menyokong pergelangan tangan untuk memberikan kelegaan pada kesakitan awal. Sekiranya kepatahan tulang tersebut tidak stabil, kas plaster boleh digunakan untuk memegang tulang patah tersebut yang telah diperbetulkan kedudukannnya. Kepatahan-kepatahan lain yang boleh mendapat manfaat daripada pembedahan dengan memperbetulkan dan memegang tulang yang patah pada kedudukan yang betul.

Kepatahan tulang boleh diperbetulkan dengan menggunakan pelbagai jenis implan. Pin, skru, plat, rod ataupun fiksator eksternal boleh digunakan (Rajah 2). Kamera yang kecil juga boleh digunakan untuk membantu melihat daripada dalam sendi. Kadangkala, dalam keadaan tulang patah remuk akan menyebabkan terdapat jurang walaupun setelah diperbetulkan ke kedudukan asal. Dalam keadaan seperti itu, graf tulang boleh dimasukkan ke tempat tulang yang patah untuk membantu proses penyembuhan. Doktor pakar bedah tangan anda akan berbincang dengan anda pilihan rawatan terbaik yang ada untuk proses penyembuhan dan pemulihan anda.

Pemulihan

Ketika proses pemulihan berlaku, ianya amat penting memastikan jari-jari anda sentiasa bergerak untuk mengelakkan kekakuan pergelangan sendi jari tangan. Doktor pakar bedah tangan anda akan memberi panduan kepada anda masa yang sesuai untuk anda mula menggerakkan jari-jari tangan anda berdasarkan tahap dan jenis kepatahan tulang anda. Terapi tangan kebiasaannnya sangat membantu untuk memulihkan pergerakan, kekuatan dan fungsi anggota tangan.

Masa pemulihan berbeza-beza dan bergantung kepada pelbagai faktor dan boleh memakan masa selama berbulan-bulan. Tambahan pula, sesetengah pesakit boleh mendapat kekakuan dan sengal-sengal. Kepatahan tulang yang teruk pada sendi tangan juga boleh menyebabkan keradangan sendi. Kadangkala, rawatan tambahan dan pembedahan diperlukan.




© 2020 American Society for Surgery of the Hand
This content is written, edited and updated by hand surgeon members of the American Society for Surgery of the Hand.Find a hand surgeon near you.
Find a hand surgeon near you
Using this search tool means you agree to the user agreement and disclaimer.